Your pandora box

YOUR PANDORA BOX

Monday 12 May 2014

Minyak Wangi Part 2

Bismillahirrahmanirrahim

Entri kali ni, aku nak sentuh sikit pasal istilah
'si penjual minyak wangi dan pengutip sampah'

As we all know yang penjual minyak wangi ni akan duduk dikelilingi minyak wangi, DKNY, Dolce&Gabbana, Anna Sui, CalvinKlein, Dior, Dunhill, Boss,Polo Sport,  Prada, Marc Jacobs, Mont Blanc, Donna Karan, Bvlgari dan macam2 lah, semua wangi aih.. dok seharian tu wangi tak hilang. 

Bagi insan si pengutip sampah, hari2 dikelilingi sampah, sampai ada yg memandang hina, jijik. Sedangkan dia hanya tolong kutip sampah. Disebabkan dia dikelilingi benda kotor dan jijik, manusia senang betul melabel dia sama jijik dengan environment dia duduk tu. Okay there's go some point. 

Dalam hidup ni, manusia senang sangat menjatuhkan hukuman ke atas manusia yg lain. Kenapa ya? Adakah disebabkan orang tu dikelilingi oleh certain orang, manusia minyak wangi dan si pengutip sampah.?

Aku masih ingat kata2 seorang kawan matrik aku dulu, 'Kalau kita selalu dekati si penjual minyak wangi, kita akan turut wangi, kalau selalu bersama di pengutip sampah dan dekat selalu dengan sampah, lekat la bau sampah kat kita,' Aku pun terdiam sejenak. 

Hello kawan, minyak wangi tak selalu wangi dan sampah tak selalu busuk sampai ke sudah. Kalau minyak wangi tu terdedah ke matahari pun boleh rosak. kalau kita selalu dengan si penjual minyak wangi berjaya tapi solat entah ke mana, pergaulan bebas sini sana dan kita ni yg iman jenis tak kuat pun sedikit sebanyak akan terikut sikit demi sikit. Minyak wangi kalau selalu sembur kat pakaian pun tak elok, mungkin benang atau kain tu tak sesuai. 

Same goes to pengutip sampah, yang selalu di caci di hina tu. Apa pun dia manusia. Jangan laa mengeji depa yang tak buat dosa kat kita. Malah tolong kutip sampah lagi. Sampah sapa? Dari kita yang menghina dan mengeji. So kat sini sapa lagi keji lagi hina? Yang buang sampah merata ke yang tolong bersihkan sampah2 semua tu? Kalau tempat pembuangan sampah tu dibersihkan di-clearkan, mau ja orang lalu, bau busuk pun slowly hilang. Sama ja kalau si pengutip sampah tu balik mandi kasi wangi orang pun nak selalu ada dekat. Kan? 

Manusia, bila dah tau orang tu dikenali ramai, sukanyaa kamu2 semua nak mingle around. Cuba kalau once orang tu jadi busuk, ada hangpa nak kawan? takdaknya. Tapi busuk tak busuk sampai kesudah. Don't forget there's phrase 'Turn over a new leaf' 

No comments:

Post a Comment

Ada pertanyaan sila tanya jangan malu2